Tuesday, October 7, 2014

Amalan Surah alQuran Mengikut Perkembangan Janin

Assalamu'alaikum dan salam mesra

Apa khabar? Beberapa hari 'cuti' dari berkongsi,  terasa-rasa seperti beban tak terlepas. Sebenarnya kita akan berasa lega dan lebih seronok bila setiap ilmu dan pengalaman yang kita dapat, kita kongsikan dengan orang lain. Tak percaya? Cuba buat. InsyaAllah Allah akan hadirkan rasa positif itu.

Kali ni terasa nak kongsi apa yang saya amalkan sepanjang mengandung dulu. Cumanya dalam entri ini, saya hanya fokus pada amalan membacaan alQuran.

Hakikatnya mengamalkan bacaan keseluruhan isi kandungan alQuran adalah lebih baik dan digalakkan. Namun, kesuntukkan masa menekan kita untuk mengdahulukan sesuatu yang wajib berbanding perkara sunat. Tetapi, sesibuk mana pun kita perlu mencuri masa untuk membacanya walaupun 1 ayat, agar hati kita tidak mati tanpa pengisian rohani.

Sebelum saya highlight surah-surah pilihan yang boleh diamalkan semasa hamil, saya ada terbaca perkongsian seorang ibu (di luar negara) yang dapat mengesan output pada 3 orang anaknya hasil amalan membaca seluruh isi alQuran berulang-ulang sepanjang kehamilannya.

» Suka & mudah untuk bersolat
» Rasa seronok yang mendalam apabila diperdengarkan bacaan alQuran
» Sangat kreatif berimaginasi
» Memori yang sangat cemerlang
» Tahap kecerdasan yang tinggi
» Bersederhana dalam berpakaian (tak mahu berpakaian terlalu singkat di seawal 2 tahun)
» Mampu mengenal Baik & buruk
» Segera meminta maaf apabila membuat kesilapan

Subhanallah..Mukjizat alQuran.

Ok beralih kepada
amalan. Ini merupakan 3 surah yang paling banyak saya baca sewaktu mengandung disamping meneruskan bacaan surah-surah lain.

Trimester 1 (0 ~ 12minggu)
Melibatkan proses pembentukan hati dan otak janin > Surah Luqman (mempengaruhi kecerdikan akal dan jiwa)

Trimester 2 (13 ~ 24minggu)
Proses pembentukan rupa & anggota tubuh > Surah Yusuf (mempengaruhi keelokkan akhlak dan paras rupa)

Trimester 3 (25 ~ bersalin)
Melibatkan proses kematangan janin > Surah Maryam (memudahkan proses bersalin)

Walau bagaimanapun, yang lebih penting adalah memahami apa yang kita baca. Kemudiannya boleh diterjemahkan ke dalam perbuatan. Boleh laburkan duit untuk membeli senaskah tafsir alQuran. Pelaburan yang menguntungkan dunia akhirat.

Ok. Selamat beramal semua! Semoga Allah berkati usaha kita untuk melahirkan ummah berkualiti, amiin. :)

No comments:

Post a Comment