Wednesday, August 13, 2014

Ingat mengingati!


Selawat dan Salam ke atas Rasulullah saw

Assalamu'alaikum.

Dalam surah Al Asr, Allah menjanjikan sesiapa yang

  • beriman pada Allah dengan sebenar-benar iman
  • menasihati perkara yang benar dengan penuh kesabaran
tidak akan rugi sama sekali di dunia mahupun di akhirat kelak.

Saya berharap dengan kelebihan medium blog ini, dapat kita saling mengingati perkara yang hak. Lebih utama sebagai koreksi diri yang menulis itu sendiri. 

Saya lah tu! ><

Lebih dari itu, saya selitkan juga perkongsian cerita kehidupan insan biasa ini yang mahu berubah menjadi lebih daripada biasa! Yang mana sedikit sebanyak mungkin dapat memberi manfaat atau pengajaran pada pembaca.InsyaAllah..

Akhir kata,

Langsir dipasang merah merona
Cantik menyerlah diletak renda
Diri manusia tiadalah yang sempurna
Namun sempurnakanlah apa yang ada

Salam kenal semua!

No comments:

Post a Comment