Sunday, September 28, 2014

Uwais dan Keretapi Laju

Anak sulung saya, Uwais, 3 tahun, sangat meminati kenderaan. Dari sekecil kereta mainan hingga sebesar kapal terbang.  Semakin pelik kenderaan itu pada pandangannya, semakin teruja lah dia.

Percaya atau tidak, sebelum Uwais kenal kereta bomba, dia lebih dahulu mengenali kren. Sebabnya, dia membesar dengan pemandangan kerja-kerja pembinaan rumah di hadapan rumah saya. Pagi-pagi bangun dari tidur je, berdiri la dia depan pintu lihat kren beroperasi. Setiap hari!

Ok. Kren bukanlah isu utama entri kali ini. Sebaliknya, saya ingin bercerita tentang aktiviti keluarga di hujung minggu. Selain kren, Uwais juga sangat teruja dengan keretapi. Lagi-lagi keretapi laju ERL (Express Rail Link). Masa Uwais belum cukup setahun, suami penah berniat nak bawa saya dan anak jalan-jalan naik ERL apabila Uwais dah besar sikit. Dah cukup 'bijak' untuk mengekspreskan rasa seronok.

Jadinya, niat (janji) itu tertunai petang semalam. Memandangkan kami tinggal berhampiran dengan lapangan terbang KLIA, jadi kami plan untuk berjalan-jalan ke KLIA2 dengan menaiki keretapi laju ERL.



Bergeraklah kami dari rumah lepas solat Zuhur menuju ke stesen ERL KLIA Transit Salak Tinggi. Harga tiket untuk 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak hanya RM 8.00 (Sumayyah; 2 tahun ke bawah free) sehala.
 
 Uwais cuci mata

 Sumayyah kecundang di tengah perjalanan

Sesampai di KLIA2, kami cuma pusing-pusing sambil melihat ragam manusia tempatan dan pelancong. Tidak membeli belah pun, sebab itu tak termasuk dalam agenda petang tu. Lepas isi perut, kami naik tingkat atas ke anjung tinjau (sebelah barat). Yeaaaa, tengok kapal terbang mendarat dan berlepas. Sekali lagi Uwais teruja. Tiada gambar dirakam waktu ni, sebab Umi pun dok teruja sekali. Haish, macam tak pernah tengok je gayanya. Bukan apa,  niat untuk meraikan keseronokan anak. ;) Abi pulak masih mendukung Sumayyah yang terlampau lena. Bersyukur juga Sumayyah masih tidur, sebab anak bijak ini agak lelah untuk dikawal. Cukup dapat tengok 2, 3 kapal berlepas dan mendarat, kami pun pulang. Itu saja.

Walaupun aktiviti nampak ringkas je, tapi yang penting Uwais 2 kali teruja hari itu. Alhamdulillah. Sayang Umi Abi katanya.. Masuk kereta, matanya mula kuyu. Penat berjalan. Selesai..

No comments:

Post a Comment