Sunday, November 2, 2014

Manfaat DHA di setiap peringkat umur

Assalamu'alaikum & salam manisss :)

Kali ni, kita korek sikit ilmu tentang DHA. DHA; asid docosahexaenoic, sejenis asid lemak omega-3. DHA sangat sinonim dengan otak kerana ia adalah nutrien utama untuk otak, selain sistem saraf & retina. Dalam bahasa mudahnya, DHA adalah makanan otak manusia.

DHA sangat membantu dalam pertumbuhan manusia dan pembangunan intelek di mana ia memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan janin, bayi awal, dan usia tua.

Daripada kajian yang dilakukan saintis, DHA membentuk 90% daripada kandungan asid lemak omega-3 dalam otak, dan merupakan komponen utama membran sel otak. Sejak mengetahui DHA adalah penting dalam perkembangan otak, pengambilan DHA yang mencukupi adalah penting bagi wanita hamil terutamanya pada trimester terakhir (3 bulan terakhir) perkembangan otak janin dalam kandungan.

Manfaat DHA tidak terkecuali bagi orang dewasa dan tua. Kerana seiring peningkatan usia, kandungan DHA yang berkurang boleh menyebabkan kurang tumpuan mental dan fungsi kognitif. Mengambil DHA juga boleh membantu mencegah keabnormalan mental, seperti penyakit Alzheimer dan Demensia.

Seterusnya, saya fokus kepada manfaat DHA kepada golongan kanak-kanak. Pakar kesihatan dan ahli saraf di Naples, FL, AS, David Perlmutter, M.D., telah berkongsi info mengenai berapa banyak DHA yang diperlukan anak di peringkat tertentu.

Janin Dalam Kandungan
Pengambilan DHA sewaktu hamil berupaya meningkatkan IQ anak hingga ke usia 4 tahun.
Saranan Jumlah: Wanita hamil sebaiknya mengambil 400 mg atau lebih setiap hari.

Bayi berusia 0~6 bulan
Di usia ini, si kecil memiliki koordinasi mata-tangan yang lebih baik daripada bayi yang tidak mendapat DHA yang cukup.
Saranan jumlah: Bayi yang menyusu susu ibu yang mengandungi DHA yang diperlukan (400mg sehari), dianggarkan anak  tersebut akan mendapat dos cukup.

Usia 6 bulan – 2 tahun
DHA meningkatkan produksi hormon penting untuk pertumbuhan otak yang pesat pada usia ini.
Saranan jumlah: Sekitar 100 mg atau lebih diambil dari makanan diperkaya DHA setiap hari.  

Usia 2-5 tahun
Kekurangan DHA pada anak boleh meningkatkan risiko mengalami ADHD, masalah penglihatan, dan depresi. Di samping DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran kanak-kanak.
Saranan jumlah: Kira-kira 200 mg atau lebih per hari dari makanan yang diperkaya DHA.

Kesimpulannya, makhluk Allah si DHA ini memainkan fungsi yang sangat besar dalam pertumbuhan dan perkembangan minda kita, khususnya kanak-kanak.

Subhanallah..

Saturday, October 11, 2014

Resepi mudah : Daging rempah celup tepung

Assalamu'alaikum

Sempena bulan korban ni, saya yakin ada antara kita yang bahagian sejuk beku peti sejuknya penuh dengan daging korban kan.hehe.

Saya juga tak terkecuali. Lagi pula, peti sejuk saya saiz comel, memang padat la ruang sejuk beku tu. Walaupun, sebahagian daripadanya ada dikongsikan pada jiran, tapi kuantitinya masih banyak untuk 2 orang dewasa habiskan.

Maka, setiap hari saya memikirkan idea resepi berasaskan daging yang luar dari kebiasaan menu harian keluarga saya.

Dan alhamdulillah, saya dapat 1 resepi mudah tapi menarik (pandangan peribadi) yang dikongsikan kawan baik saya di Facebook. Tapi, nama resepi ni saya reka sendiri.ngeh3

Sempena bulan mulia ni, saya nak kongsikan resepi simple ni dengan anda.

Daging Rempah Celup Tepung

Bahan-bahan
Daging 500g - dipotong sederhana nipis
Serbuk lada hitam
Jintan putih
Jintan manis
Ketumbar
Garam
Telur 2 biji
Tepung gandum 1 cawan
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
1. Perap daging bersama garam dan rempah ratus selama lebih kurang setengah jam (lebih lama lebih sedap)

2. Panaskan minyak.

3. Pukul telur. Celupkan daging ke dalam telur. Kemudian, salutkan dengan tepung.

4. Goreng hingga garing.

* Boleh dimakan bersama aneka sos

Tuesday, October 7, 2014

Amalan Surah alQuran Mengikut Perkembangan Janin

Assalamu'alaikum dan salam mesra

Apa khabar? Beberapa hari 'cuti' dari berkongsi,  terasa-rasa seperti beban tak terlepas. Sebenarnya kita akan berasa lega dan lebih seronok bila setiap ilmu dan pengalaman yang kita dapat, kita kongsikan dengan orang lain. Tak percaya? Cuba buat. InsyaAllah Allah akan hadirkan rasa positif itu.

Kali ni terasa nak kongsi apa yang saya amalkan sepanjang mengandung dulu. Cumanya dalam entri ini, saya hanya fokus pada amalan membacaan alQuran.

Hakikatnya mengamalkan bacaan keseluruhan isi kandungan alQuran adalah lebih baik dan digalakkan. Namun, kesuntukkan masa menekan kita untuk mengdahulukan sesuatu yang wajib berbanding perkara sunat. Tetapi, sesibuk mana pun kita perlu mencuri masa untuk membacanya walaupun 1 ayat, agar hati kita tidak mati tanpa pengisian rohani.

Sebelum saya highlight surah-surah pilihan yang boleh diamalkan semasa hamil, saya ada terbaca perkongsian seorang ibu (di luar negara) yang dapat mengesan output pada 3 orang anaknya hasil amalan membaca seluruh isi alQuran berulang-ulang sepanjang kehamilannya.

» Suka & mudah untuk bersolat
» Rasa seronok yang mendalam apabila diperdengarkan bacaan alQuran
» Sangat kreatif berimaginasi
» Memori yang sangat cemerlang
» Tahap kecerdasan yang tinggi
» Bersederhana dalam berpakaian (tak mahu berpakaian terlalu singkat di seawal 2 tahun)
» Mampu mengenal Baik & buruk
» Segera meminta maaf apabila membuat kesilapan

Subhanallah..Mukjizat alQuran.

Ok beralih kepada
amalan. Ini merupakan 3 surah yang paling banyak saya baca sewaktu mengandung disamping meneruskan bacaan surah-surah lain.

Trimester 1 (0 ~ 12minggu)
Melibatkan proses pembentukan hati dan otak janin > Surah Luqman (mempengaruhi kecerdikan akal dan jiwa)

Trimester 2 (13 ~ 24minggu)
Proses pembentukan rupa & anggota tubuh > Surah Yusuf (mempengaruhi keelokkan akhlak dan paras rupa)

Trimester 3 (25 ~ bersalin)
Melibatkan proses kematangan janin > Surah Maryam (memudahkan proses bersalin)

Walau bagaimanapun, yang lebih penting adalah memahami apa yang kita baca. Kemudiannya boleh diterjemahkan ke dalam perbuatan. Boleh laburkan duit untuk membeli senaskah tafsir alQuran. Pelaburan yang menguntungkan dunia akhirat.

Ok. Selamat beramal semua! Semoga Allah berkati usaha kita untuk melahirkan ummah berkualiti, amiin. :)

Jom pakat-pakat kenal ESP

Assalamu'alaikum

ESP; Energizing Soy Protein dikenali sebagai pembekal tenaga segera yang berasaskan kacang soya selain merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang mengandungi 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia.

Anda perlu tahu bahawa

# Protein merupakan antara satu komponen utama dalam diet harian yang sihat. Daripada bayi hingga ke dewasa, semua peringkat umur memerlukan protein yang mencukupi setiap hari.

# Setiap tubuh manusia terdapat lebih kurang 60 TRILLIONS sel yang setiap satunya memerlukan protein. Protein berperanan dalam pertumbuhan sel, membaiki sel rosak, dan pada masa yang sama meningkatkan fungsi hormon dan enzim dalam tubuh serta bantu menstabilkan emosi.

# Salah satu kesan kekurangan protein dalam tubuh adalah masalah penghasilan darah dan hormon di mana akhirnya boleh membawa kegagalan fungsi organ yang boleh mengancam nyawa!

# Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya terdiri daripada kacang soya non-GMO (URL) yang diproses pada kadar suhu rendah demi mengekalkan keaslian serta khasiatnya.

# Tambahan lagi, soya tersebut dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavons dan genistein. Tidak seperti sesetengah soya dipasaran yang diproses dengan alkohol di mana ia boleh menghapuskan isoflavons.

# Mengandungi 20 jenis asid amino termasuk 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh.

# Tidak seperti protein daripada sumber daging, telur dan susu, ESP adalah protein rendah lemak, tanpa kolestrol dan 100% formula vegetarian.

# ESP memiliki kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah; 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis (diabetes).

# Makanan yang memiliki karbohidrat yang bertindak memecahkan gula dengan cepat mempunyai GI yang tinggi. Manakala karbohidrat dengan GI yang rendah memecahkan gula secara perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan.

# Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amat penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Dan paling istimewanya ESP, Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri; Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya yang digunakan bebas proses perubahan genetik (genetically modified) daripada benih hingga ke pengeluarannya. Selamat untuk kita sekeluarga!

Nota kaki:
Isoflavons - sama fungsi dengan hormon estrogen; mempunyai struktur kimia yang sama dengan horman wanita itu.

Genistein - memusnahkan radikal bebas untuk mengekang sel kanser tumbuh merebak.

Rakan Shaklee Anda
ID: 1083629
013 702 9956
COD : Nilai, Salak Tinggi, Sepang, Seremban, Dengkil
Pos : Seluruh Malaysia & Luar Negara

Thursday, October 2, 2014

Benar, kacang soya berbahaya!

Assalamu'alaikum

Apa itu GMO?

GMO adalah singkatan bagi Genetically Modified Organism atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami; organisma (iaitu haiwan/tumbuhan) yang telah diubah genetik untuk meningkatkan kemampuannya agar tahan lama, kebal penyakit, dan meningkatkan saiz tumbuhan/haiwan ternakan.

Kenapa perlu GMO?

Antara sebab teknologi ini tercipta adalah:
·   Untuk menampung keperluan makanan yang melebihi bekalan di pasaran
·   Meningkatkan pengeluaran tani di ladang sekaligus meningkatkan pendapatan petani ke tahap maksimum
·   Kos tanaman yang lebih murah



Salah satu contoh organisma GMO

Kesan soya GMO kepada manusia

Namun dukacitanya, teknologi GMO ini mengundang kesan buruk terhadap pemakan hasil tanaman/haiwan yang telah diubah genetiknya.

Dan kacang soya tidak terkecuali daripada aplikasi teknologi GMO ini. Tahukah anda, kira-kira 96% soya di dunia adalah soya GMO dan selebihnya adalah soya organic atau non-GMO. Oh tidak! Artikel di sini ada menyatakan kesan-kesan tidak baik melalui pengambilan soya GMO.


Ada dakwaan mengatakan kacang soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin,gaitrogen dan bahan kimia dan bahan kimia lain yang membahayakan kesihatan. Ya, memang benar. Namun semua bahan kimia itu wujud dalam soya GMO yang digunakan untuk mengubah genetiknya agar ia cepat besar, cepat matang serta meningkatkan kandungan minyaknya. Disamping itu, sesetengah soya GMO diproses dengan alkohol atau bahan kimia. Dimana proses ini boleh menghilangkan isoflavon dalam soya yang bermanfaat.

Namun demikian, jangan dilupakan bahawa kacang soya itu asalnya menurut beberapa kajian, boleh mengurangkan risiko penyakit koronari jantung, boleh mencegah kanser, membantu perkembangan otak, meningkatkan kadar metabolism dan beberapa lagi khasiat.

Alternatif kepada soya GMO

Tetapi apa alternatif yang ada untuk menggantikan soya GMO yang banyak terdapat di pasaran luar?

Jawapannya ialah dengan memilih produk soya organik ataupun non-GMO. Ini kerana, soya non-GMO tidak diubah genetiknya untuk membesar dengan cepat, tetapi  ia membesar secara semulajadi.

Tapi, bagaimana pula dengan kenyataan soya penyebab kanser payudara dan memberikan kesan pada kesuburan lelaki (melemahkan kejantanan)? Untuk isu ini, saya merujuk kepada artikel yang ditulis doktor perubatan Dr. Zubaidi di sini dan di sini

Kesimpulannya, sesuatu yang Allah ciptakan pasti bersamanya kebaikan dan keburukan. Kerana yang benar-benar sempurna hanyalah Allah. Oleh itu, tanggungjawab kita untuk berhati-hati dan selektif dalam memilih produk soya. Dalam masa yang sama, saya bersyukur kerana Dr.Shaklee telah mengambil tindakan menyediakan alternatif kepada soya GMO melalui penghasilan produk Energizing Soy Protein agar kita masih boleh mendapatkan khasiat sebenar kacang soya.



InsyaAllah saya akan kongsikan keajaiban Shaklee ESP pula pada entri yang akan datang :)

Tuesday, September 30, 2014

HAJI



Assalamualaikum

“Dah daftar haji belum?” seorang sahabat bertanya

“Dah, tapi tahun 2035” Jawab saya ringkas

Itu apabila saya mendaftar haji pada tahun 2010 sejurus selepas saya berkahwin. Daftar bersama isteri.

Inilah kuasa kuota yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia. Kena ikut giliran lah.
Namun, saya sudah bersyukur kerana perkara pertama yang perlu dilakukan telah saya lakukan iaitu “DAFTAR”

2035 umur saya 51 tahun.

Kuota Haji jika kita mendaftar sekarang adalah pada tahun 2073 dan akan meningkat dengan pertambahan pendaftaran.

Ramai juga yang berfikir untuk tunggu ‘kaya sedikit’ barulah nak daftar. Kalau lambat sangat nanti guna pakej yang mahal-mahal untuk ke tanah suci.

Cuma bagi saya, bila kita mendaftar haji, mindset kita akan mula bergerak untuk mencapai impian haji.

Kalaulah Allah mengambil nyawa saya sebelum sempat menjadi  tetamuNya, saya berharap usaha dan impian saya diterima Allah.

Kumpulkan duit lebih kurang RM 1300 terus pergi daftar.

Semoga bermanafaat.


AbuUwais

Sabar Itu Indah

Assalamualaikum

Semalam saya membaca artikel anak kelahiran Kelantan yang mendapat pengiktirafan graduan PhD termuda di Malaysia (24 tahun 2 bulan), Dr. Hazzirah Izzati. Hebat. Dengan Kepujian Kelas Pertama bagi Ijazah Sarjana Muda Matematik beliau ditawarkan ke program PhD Fast Track UTM.

Tahun ini juga, sahabat saya Dr. Norhusairi Bin Mat Hussin mendapat ijazah doktor falsafah bidang shariah undang-undang dari Universiti Malaya dan beliau juga mendapat Kepujian Kelas Pertama bagi Ijazah Sarjana Muda dan terus ditawarkan ke program PhD UM.

Tahniah.

Saya percaya, hanya kesabaran yang tinggi mampu mencapai kejayaan.

Saya pernah gagal. Namun untuk mencapai kejayaan banyak rintangannya.

Ada satu kaedah fiqh ; " Menolak keburukan lebih awla daripada menarik kebaikan"

Jelas. Buang segala keburukan yang ada bagi mencapai kejayaan.

Masih jelas ingatan saya pesan seorang guru semasa majlis perkahwinan saya empat tahun yang lepas. " SABAR". Itu sahaja yang yang dipesan.

Sesungguhnya Sabar Itu Indah

AbuUwais


Sunday, September 28, 2014

Saya dan Shaklee

Target yang tidak kesampaian untuk menyusukan anak sulung secara eksklusif sehingga 2 tahun, saya teruskan dengan kelahiran anak kedua. Saya tanam azam sejak mengandung lagi. Banyak buku yang saya rujuk. Pada waktu itu, capaian internet di rumah agak terbatas dan tidak memiliki telefon pintar. Cuma di hujung trimester 3 kehamilan, baru saya ada rezeki buka laptop dan selongkar rahsia serta teknik memperbanyak susu ibu.

Hampir kesemua info yang saya peroleh ada kaitan dengan Shaklee. Kawan-kawan yang consume  Shaklee pun banyak yang berkongsi kemeriahan susu yang diperolehi. Waktu itu, Allah belum buka hati saya untuk mencuba khasiat Shaklee kerana hanya mahu mencuba petua-petua yang diperoleh daripada pembacaan. Cuma setelah anak kedua selamat dilahirkan, saya hadapi sedikit tekanan emosi semasa berpantang apabila anak sering meragam waktu malam gara-gara tidak puas menyusu. Terima kasih yang teramat pada suami yang banyak membantu. Sama-sama berjaga malam 'mengulit' si kecil.

Selepas beberapa hari, suami mencadangkan untuk mencuba set menyusu Shaklee. Saya setuju dan terus order set bajet manyusu dengan sepupu saya yang merupakan pengedar sah Shaklee.


Set bajet menyusu Shaklee

Dan setelah itu saya bersyukur, tidur saya cukup, dan hari demi hari anak kedua saya sihat membesar dengan susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah, sehingga kini umurnya setahun sebulan masih menyusu badan sepenuhnya.

*Nantikan sambungan cerita Saya dan Shaklee.
  Mahu bersiap-siap untuk ke Jamuan Raya Shaklee cum Motivation Talk daripada Master Coordinator Kak Farihah

Uwais dan Keretapi Laju

Anak sulung saya, Uwais, 3 tahun, sangat meminati kenderaan. Dari sekecil kereta mainan hingga sebesar kapal terbang.  Semakin pelik kenderaan itu pada pandangannya, semakin teruja lah dia.

Percaya atau tidak, sebelum Uwais kenal kereta bomba, dia lebih dahulu mengenali kren. Sebabnya, dia membesar dengan pemandangan kerja-kerja pembinaan rumah di hadapan rumah saya. Pagi-pagi bangun dari tidur je, berdiri la dia depan pintu lihat kren beroperasi. Setiap hari!

Ok. Kren bukanlah isu utama entri kali ini. Sebaliknya, saya ingin bercerita tentang aktiviti keluarga di hujung minggu. Selain kren, Uwais juga sangat teruja dengan keretapi. Lagi-lagi keretapi laju ERL (Express Rail Link). Masa Uwais belum cukup setahun, suami penah berniat nak bawa saya dan anak jalan-jalan naik ERL apabila Uwais dah besar sikit. Dah cukup 'bijak' untuk mengekspreskan rasa seronok.

Jadinya, niat (janji) itu tertunai petang semalam. Memandangkan kami tinggal berhampiran dengan lapangan terbang KLIA, jadi kami plan untuk berjalan-jalan ke KLIA2 dengan menaiki keretapi laju ERL.



Bergeraklah kami dari rumah lepas solat Zuhur menuju ke stesen ERL KLIA Transit Salak Tinggi. Harga tiket untuk 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak hanya RM 8.00 (Sumayyah; 2 tahun ke bawah free) sehala.
 
 Uwais cuci mata

 Sumayyah kecundang di tengah perjalanan

Sesampai di KLIA2, kami cuma pusing-pusing sambil melihat ragam manusia tempatan dan pelancong. Tidak membeli belah pun, sebab itu tak termasuk dalam agenda petang tu. Lepas isi perut, kami naik tingkat atas ke anjung tinjau (sebelah barat). Yeaaaa, tengok kapal terbang mendarat dan berlepas. Sekali lagi Uwais teruja. Tiada gambar dirakam waktu ni, sebab Umi pun dok teruja sekali. Haish, macam tak pernah tengok je gayanya. Bukan apa,  niat untuk meraikan keseronokan anak. ;) Abi pulak masih mendukung Sumayyah yang terlampau lena. Bersyukur juga Sumayyah masih tidur, sebab anak bijak ini agak lelah untuk dikawal. Cukup dapat tengok 2, 3 kapal berlepas dan mendarat, kami pun pulang. Itu saja.

Walaupun aktiviti nampak ringkas je, tapi yang penting Uwais 2 kali teruja hari itu. Alhamdulillah. Sayang Umi Abi katanya.. Masuk kereta, matanya mula kuyu. Penat berjalan. Selesai..