Tuesday, September 30, 2014

HAJI



Assalamualaikum

“Dah daftar haji belum?” seorang sahabat bertanya

“Dah, tapi tahun 2035” Jawab saya ringkas

Itu apabila saya mendaftar haji pada tahun 2010 sejurus selepas saya berkahwin. Daftar bersama isteri.

Inilah kuasa kuota yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia. Kena ikut giliran lah.
Namun, saya sudah bersyukur kerana perkara pertama yang perlu dilakukan telah saya lakukan iaitu “DAFTAR”

2035 umur saya 51 tahun.

Kuota Haji jika kita mendaftar sekarang adalah pada tahun 2073 dan akan meningkat dengan pertambahan pendaftaran.

Ramai juga yang berfikir untuk tunggu ‘kaya sedikit’ barulah nak daftar. Kalau lambat sangat nanti guna pakej yang mahal-mahal untuk ke tanah suci.

Cuma bagi saya, bila kita mendaftar haji, mindset kita akan mula bergerak untuk mencapai impian haji.

Kalaulah Allah mengambil nyawa saya sebelum sempat menjadi  tetamuNya, saya berharap usaha dan impian saya diterima Allah.

Kumpulkan duit lebih kurang RM 1300 terus pergi daftar.

Semoga bermanafaat.


AbuUwais

Sabar Itu Indah

Assalamualaikum

Semalam saya membaca artikel anak kelahiran Kelantan yang mendapat pengiktirafan graduan PhD termuda di Malaysia (24 tahun 2 bulan), Dr. Hazzirah Izzati. Hebat. Dengan Kepujian Kelas Pertama bagi Ijazah Sarjana Muda Matematik beliau ditawarkan ke program PhD Fast Track UTM.

Tahun ini juga, sahabat saya Dr. Norhusairi Bin Mat Hussin mendapat ijazah doktor falsafah bidang shariah undang-undang dari Universiti Malaya dan beliau juga mendapat Kepujian Kelas Pertama bagi Ijazah Sarjana Muda dan terus ditawarkan ke program PhD UM.

Tahniah.

Saya percaya, hanya kesabaran yang tinggi mampu mencapai kejayaan.

Saya pernah gagal. Namun untuk mencapai kejayaan banyak rintangannya.

Ada satu kaedah fiqh ; " Menolak keburukan lebih awla daripada menarik kebaikan"

Jelas. Buang segala keburukan yang ada bagi mencapai kejayaan.

Masih jelas ingatan saya pesan seorang guru semasa majlis perkahwinan saya empat tahun yang lepas. " SABAR". Itu sahaja yang yang dipesan.

Sesungguhnya Sabar Itu Indah

AbuUwais


Sunday, September 28, 2014

Saya dan Shaklee

Target yang tidak kesampaian untuk menyusukan anak sulung secara eksklusif sehingga 2 tahun, saya teruskan dengan kelahiran anak kedua. Saya tanam azam sejak mengandung lagi. Banyak buku yang saya rujuk. Pada waktu itu, capaian internet di rumah agak terbatas dan tidak memiliki telefon pintar. Cuma di hujung trimester 3 kehamilan, baru saya ada rezeki buka laptop dan selongkar rahsia serta teknik memperbanyak susu ibu.

Hampir kesemua info yang saya peroleh ada kaitan dengan Shaklee. Kawan-kawan yang consume  Shaklee pun banyak yang berkongsi kemeriahan susu yang diperolehi. Waktu itu, Allah belum buka hati saya untuk mencuba khasiat Shaklee kerana hanya mahu mencuba petua-petua yang diperoleh daripada pembacaan. Cuma setelah anak kedua selamat dilahirkan, saya hadapi sedikit tekanan emosi semasa berpantang apabila anak sering meragam waktu malam gara-gara tidak puas menyusu. Terima kasih yang teramat pada suami yang banyak membantu. Sama-sama berjaga malam 'mengulit' si kecil.

Selepas beberapa hari, suami mencadangkan untuk mencuba set menyusu Shaklee. Saya setuju dan terus order set bajet manyusu dengan sepupu saya yang merupakan pengedar sah Shaklee.


Set bajet menyusu Shaklee

Dan setelah itu saya bersyukur, tidur saya cukup, dan hari demi hari anak kedua saya sihat membesar dengan susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah, sehingga kini umurnya setahun sebulan masih menyusu badan sepenuhnya.

*Nantikan sambungan cerita Saya dan Shaklee.
  Mahu bersiap-siap untuk ke Jamuan Raya Shaklee cum Motivation Talk daripada Master Coordinator Kak Farihah

Uwais dan Keretapi Laju

Anak sulung saya, Uwais, 3 tahun, sangat meminati kenderaan. Dari sekecil kereta mainan hingga sebesar kapal terbang.  Semakin pelik kenderaan itu pada pandangannya, semakin teruja lah dia.

Percaya atau tidak, sebelum Uwais kenal kereta bomba, dia lebih dahulu mengenali kren. Sebabnya, dia membesar dengan pemandangan kerja-kerja pembinaan rumah di hadapan rumah saya. Pagi-pagi bangun dari tidur je, berdiri la dia depan pintu lihat kren beroperasi. Setiap hari!

Ok. Kren bukanlah isu utama entri kali ini. Sebaliknya, saya ingin bercerita tentang aktiviti keluarga di hujung minggu. Selain kren, Uwais juga sangat teruja dengan keretapi. Lagi-lagi keretapi laju ERL (Express Rail Link). Masa Uwais belum cukup setahun, suami penah berniat nak bawa saya dan anak jalan-jalan naik ERL apabila Uwais dah besar sikit. Dah cukup 'bijak' untuk mengekspreskan rasa seronok.

Jadinya, niat (janji) itu tertunai petang semalam. Memandangkan kami tinggal berhampiran dengan lapangan terbang KLIA, jadi kami plan untuk berjalan-jalan ke KLIA2 dengan menaiki keretapi laju ERL.



Bergeraklah kami dari rumah lepas solat Zuhur menuju ke stesen ERL KLIA Transit Salak Tinggi. Harga tiket untuk 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak hanya RM 8.00 (Sumayyah; 2 tahun ke bawah free) sehala.
 
 Uwais cuci mata

 Sumayyah kecundang di tengah perjalanan

Sesampai di KLIA2, kami cuma pusing-pusing sambil melihat ragam manusia tempatan dan pelancong. Tidak membeli belah pun, sebab itu tak termasuk dalam agenda petang tu. Lepas isi perut, kami naik tingkat atas ke anjung tinjau (sebelah barat). Yeaaaa, tengok kapal terbang mendarat dan berlepas. Sekali lagi Uwais teruja. Tiada gambar dirakam waktu ni, sebab Umi pun dok teruja sekali. Haish, macam tak pernah tengok je gayanya. Bukan apa,  niat untuk meraikan keseronokan anak. ;) Abi pulak masih mendukung Sumayyah yang terlampau lena. Bersyukur juga Sumayyah masih tidur, sebab anak bijak ini agak lelah untuk dikawal. Cukup dapat tengok 2, 3 kapal berlepas dan mendarat, kami pun pulang. Itu saja.

Walaupun aktiviti nampak ringkas je, tapi yang penting Uwais 2 kali teruja hari itu. Alhamdulillah. Sayang Umi Abi katanya.. Masuk kereta, matanya mula kuyu. Penat berjalan. Selesai..