Sunday, November 2, 2014

Manfaat DHA di setiap peringkat umur

Assalamu'alaikum & salam manisss :)

Kali ni, kita korek sikit ilmu tentang DHA. DHA; asid docosahexaenoic, sejenis asid lemak omega-3. DHA sangat sinonim dengan otak kerana ia adalah nutrien utama untuk otak, selain sistem saraf & retina. Dalam bahasa mudahnya, DHA adalah makanan otak manusia.

DHA sangat membantu dalam pertumbuhan manusia dan pembangunan intelek di mana ia memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan janin, bayi awal, dan usia tua.

Daripada kajian yang dilakukan saintis, DHA membentuk 90% daripada kandungan asid lemak omega-3 dalam otak, dan merupakan komponen utama membran sel otak. Sejak mengetahui DHA adalah penting dalam perkembangan otak, pengambilan DHA yang mencukupi adalah penting bagi wanita hamil terutamanya pada trimester terakhir (3 bulan terakhir) perkembangan otak janin dalam kandungan.

Manfaat DHA tidak terkecuali bagi orang dewasa dan tua. Kerana seiring peningkatan usia, kandungan DHA yang berkurang boleh menyebabkan kurang tumpuan mental dan fungsi kognitif. Mengambil DHA juga boleh membantu mencegah keabnormalan mental, seperti penyakit Alzheimer dan Demensia.

Seterusnya, saya fokus kepada manfaat DHA kepada golongan kanak-kanak. Pakar kesihatan dan ahli saraf di Naples, FL, AS, David Perlmutter, M.D., telah berkongsi info mengenai berapa banyak DHA yang diperlukan anak di peringkat tertentu.

Janin Dalam Kandungan
Pengambilan DHA sewaktu hamil berupaya meningkatkan IQ anak hingga ke usia 4 tahun.
Saranan Jumlah: Wanita hamil sebaiknya mengambil 400 mg atau lebih setiap hari.

Bayi berusia 0~6 bulan
Di usia ini, si kecil memiliki koordinasi mata-tangan yang lebih baik daripada bayi yang tidak mendapat DHA yang cukup.
Saranan jumlah: Bayi yang menyusu susu ibu yang mengandungi DHA yang diperlukan (400mg sehari), dianggarkan anak  tersebut akan mendapat dos cukup.

Usia 6 bulan – 2 tahun
DHA meningkatkan produksi hormon penting untuk pertumbuhan otak yang pesat pada usia ini.
Saranan jumlah: Sekitar 100 mg atau lebih diambil dari makanan diperkaya DHA setiap hari.  

Usia 2-5 tahun
Kekurangan DHA pada anak boleh meningkatkan risiko mengalami ADHD, masalah penglihatan, dan depresi. Di samping DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran kanak-kanak.
Saranan jumlah: Kira-kira 200 mg atau lebih per hari dari makanan yang diperkaya DHA.

Kesimpulannya, makhluk Allah si DHA ini memainkan fungsi yang sangat besar dalam pertumbuhan dan perkembangan minda kita, khususnya kanak-kanak.

Subhanallah..

No comments:

Post a Comment