Hampir kesemua info yang saya peroleh ada kaitan dengan Shaklee. Kawan-kawan yang consume Shaklee pun banyak yang berkongsi kemeriahan susu yang diperolehi. Waktu itu, Allah belum buka hati saya untuk mencuba khasiat Shaklee kerana hanya mahu mencuba petua-petua yang diperoleh daripada pembacaan. Cuma setelah anak kedua selamat dilahirkan, saya hadapi sedikit tekanan emosi semasa berpantang apabila anak sering meragam waktu malam gara-gara tidak puas menyusu. Terima kasih yang teramat pada suami yang banyak membantu. Sama-sama berjaga malam 'mengulit' si kecil.
Selepas beberapa hari, suami mencadangkan untuk mencuba set menyusu Shaklee. Saya setuju dan terus order set bajet manyusu dengan sepupu saya yang merupakan pengedar sah Shaklee.
Set bajet menyusu Shaklee
Dan setelah itu saya bersyukur, tidur saya cukup, dan hari demi hari anak kedua saya sihat membesar dengan susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah, sehingga kini umurnya setahun sebulan masih menyusu badan sepenuhnya.
*Nantikan sambungan cerita Saya dan Shaklee.
Mahu bersiap-siap untuk ke Jamuan Raya Shaklee cum Motivation Talk daripada Master Coordinator Kak Farihah
No comments:
Post a Comment