Assalamualaikum
“Dah daftar haji belum?” seorang sahabat bertanya
“Dah, tapi tahun 2035” Jawab saya ringkas
Itu apabila saya mendaftar haji pada tahun 2010 sejurus
selepas saya berkahwin. Daftar bersama isteri.
Inilah kuasa kuota yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
Malaysia. Kena ikut giliran lah.
Namun, saya sudah bersyukur kerana perkara pertama yang
perlu dilakukan telah saya lakukan iaitu “DAFTAR”
2035 umur saya 51 tahun.
Kuota Haji jika kita mendaftar sekarang adalah pada tahun
2073 dan akan meningkat dengan pertambahan pendaftaran.
Ramai juga yang berfikir untuk tunggu ‘kaya sedikit’ barulah
nak daftar. Kalau lambat sangat nanti guna pakej yang mahal-mahal untuk ke
tanah suci.
Cuma bagi saya, bila kita mendaftar haji, mindset kita akan
mula bergerak untuk mencapai impian haji.
Kalaulah Allah mengambil nyawa saya sebelum sempat menjadi tetamuNya, saya berharap usaha dan impian saya
diterima Allah.
Kumpulkan duit lebih kurang RM 1300 terus pergi daftar.
Semoga bermanafaat.
AbuUwais
No comments:
Post a Comment