Assalamu'alaikum
Apa itu GMO?
GMO adalah singkatan bagi Genetically Modified Organism atau dalam bahasa yang lebih mudah
difahami; organisma (iaitu haiwan/tumbuhan) yang telah diubah genetik untuk
meningkatkan kemampuannya agar tahan lama, kebal penyakit, dan meningkatkan saiz
tumbuhan/haiwan ternakan.
Kenapa perlu GMO?
Antara sebab teknologi ini tercipta adalah:
·
Untuk menampung keperluan makanan yang melebihi
bekalan di pasaran
·
Meningkatkan pengeluaran tani di ladang
sekaligus meningkatkan pendapatan petani ke tahap maksimum
·
Kos tanaman yang lebih murah
Salah satu contoh
organisma GMO
Kesan soya GMO kepada manusia
Namun dukacitanya, teknologi GMO ini mengundang kesan buruk
terhadap pemakan hasil tanaman/haiwan yang telah diubah genetiknya.
Dan kacang soya tidak
terkecuali daripada aplikasi teknologi GMO ini. Tahukah anda, kira-kira 96%
soya di dunia adalah soya GMO dan selebihnya adalah soya organic atau non-GMO.
Oh tidak! Artikel di sini ada menyatakan kesan-kesan tidak
baik melalui pengambilan soya GMO.
Ada dakwaan mengatakan kacang soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin,gaitrogen dan
bahan kimia dan bahan kimia lain yang membahayakan kesihatan. Ya, memang benar.
Namun semua bahan kimia itu wujud dalam soya GMO yang digunakan untuk mengubah
genetiknya agar ia cepat besar, cepat matang serta meningkatkan kandungan
minyaknya. Disamping itu, sesetengah soya GMO diproses dengan alkohol atau
bahan kimia. Dimana proses ini boleh menghilangkan isoflavon dalam soya yang
bermanfaat.
Namun demikian, jangan dilupakan bahawa kacang soya itu
asalnya menurut beberapa kajian, boleh mengurangkan risiko penyakit koronari
jantung, boleh mencegah kanser, membantu perkembangan otak, meningkatkan kadar metabolism
dan beberapa lagi khasiat.
Alternatif kepada soya GMO
Tetapi apa alternatif yang ada untuk menggantikan soya GMO
yang banyak terdapat di pasaran luar?
Jawapannya ialah dengan memilih produk soya organik ataupun non-GMO.
Ini kerana, soya non-GMO tidak diubah genetiknya untuk membesar dengan cepat,
tetapi ia membesar secara semulajadi.
Tapi, bagaimana pula dengan kenyataan soya penyebab kanser
payudara dan memberikan kesan pada kesuburan lelaki (melemahkan kejantanan)?
Untuk isu ini, saya merujuk kepada artikel yang ditulis doktor perubatan Dr.
Zubaidi di sini dan di sini
Kesimpulannya, sesuatu yang Allah ciptakan pasti bersamanya kebaikan
dan keburukan. Kerana yang benar-benar sempurna hanyalah Allah. Oleh itu,
tanggungjawab kita untuk berhati-hati dan selektif dalam memilih produk soya. Dalam masa yang sama, saya bersyukur kerana Dr.Shaklee telah mengambil tindakan menyediakan alternatif kepada soya GMO melalui
penghasilan produk Energizing
Soy Protein agar kita masih boleh mendapatkan khasiat sebenar
kacang soya.
InsyaAllah saya akan kongsikan keajaiban Shaklee ESP pula pada
entri yang akan datang :)
No comments:
Post a Comment